Finee, Baru nak update sebab malas sesangat ;)
Entry kali ni banyak membebel and ada gambar sikit2 lah kann.
pergi dengan travel agent memang awesome. sebab semua diorang settlekan. tinggal bawak duit berjalan sahaja.
Flight pukul 7.50, tapi sampai airport pukul 4 pagi, apakah? lepas dah check in bag, tetiba kak mam(travel agent malaysia) datang kata aku dengan aida tak lepas sebab passport tak cukup 6 bulan, boleh tak tak perasan? gilaaaa.
Aida call ayed mintak tolong datan and pick up pergi Immigration, sampai putrajaya ambil gambar pastu cakap dengan pegawai diorang kata kami ada urgent flight, terus bagi no baru. Dalam masa setengah jam siap. Walaupun kena bebel sikit dengan pegawai Immigration tak kesah lahh,salah sendiri. pastu terus pergi lcct, flight pukul 2.30. Kak Mam kata nanti kat sana ada supir tunggu. Masuk flight, isi borang terus tido aje. memang penat lah kan.
Sampai Minangkabau Airport,Padang memang dah ada orang tunggu. nasib lahhh, untung laahh
See siap ada nama, dah lah comel gila supirnya. So dalam kereta aku borak2 lah dengan supir ni. Dia kata,jarang ambil orang,dia keje kat kantor, masih kuliah umur 20 tahun nama Anor. Comell baik giler. bukak kan pintu tutup pintu. haihh.
Pastu anor kata dari padang pergi bukit tinggi kalau tak Macet 2 jam kalau macet banyak mobil double. Gilaa, dia cakap kalau penat tido lah. Aku apa lagi, terus tido lah. penat kot. Aida dah selamat dah berlayar.
Pastu singgah kejap dekat air terjun, Ya Allah memang canti sangat okay air terjun ni. Air terjun lembah anai. diorang kata kalau asuh muka kat air terjun ni nanti awet muda. hihihihi ;)
Sampai dekat Bukit Tinggi jam 7, Aku gerak dari Padang jam 4 Lebih jugak. Sampai terus pegi kedai makan. Apatah nama kedai makan tu. lapar sangat dah. Hahahha, teruk gila.
Oh Lupa, ni supir aku yang comel tu, hewhewhew Comel kannn.
Lepas makan terus pergi hotel, Duduk kat hotel Kharisma.
Hotel dia? okay lah not bad, takda aircond ada kipas aje, tu pun dah cukup. masuk bilik mandi2 tukar baju pastu keluar balik. Cari sim card indonesia. Hahahha. wajibulghunah. Sambil2 tu pegi cari benda nak munch munch. Bneda yang paling menarik adalah Martabak brownie. Sumpah sedap yang amat ya allah/ tak snap gambar pun tapi macam ni lah lebih kurang
Balik bilik terus makan, pastu update apa yang patut terus tido. Hehehhe.