Showing posts with label TravelVacation. Show all posts
Showing posts with label TravelVacation. Show all posts

Friday, 15 February 2013

Padang Bukit Tinggi Day 3 & Day 4

Huisshh ambil masa jugak nak sambung day 3 kat padang ni yeh. Hahaha dasar pemalas.

So hari ke tiga pergi Pasar Atas, Shopping


Group Photo dekat Jam Gadang







Day 3 nih shopping aje kat pasar besar pastu turun dari bukit tinggi ke padang. So takde apa yang menarik sangat pun.

Day 4 pulak, dah check out dari hotel, pagi tu shopping sikit2 untuk abah punya baju then terus pergi airport. Takde akitiviti sangat.

So trip kali ni best, walaupun macam2 jadi before nak pergi, tapi memang fun habis. Makan sedap, tourist guide baik. Ahli rombongan pun friendly. Hihihi.

Bukit Tinggi Padang was nice place untuk pergi bercuti dan merehatkan minda, nak tengok pemandangan yang cantik2 boleh lah. Kalau nak shopping tak kot, sebab sini banyak kain2 sulam and batik sahaja. 

Friday, 18 January 2013

Padang Bukit Tinggi Day 2

Day 2 in Bukit Tinggi.

Entry banyak gamber. Hewhewhew.

Breakfast kat hotel, lepas tu tourist guide bawak pergi shooping. nama tempat tu pandai sikek satu karya.
banyak kain2 sulam. as usual, makcik2 memang suka pergi situ okay. hihihih.





Kat sini aku banyak beli tudung yang sulam2 cantik tu. hihihi. beli dekat adik ain tudung okay. 
lepas tu terus pergi Tasik Singkora. Aku rasa tasik ni akan nampak masa dah ak sampai dari KL ke padang. Sangat besar. tourist guide tu kata, ambil masa 8 jam nak keliling tasik tu naik boat. Nampak tak bertapa besarnya tasik tu. Dia ada cerita pasal tasik tu, tapi tak berapa ingat lah pulak. hihihi ;)





Ini tourist Guide, Abg SAM ;)


Lepas dah lepak2 tepi tasik, makan buah masam yang tak berapa sedap tu, kami di bawa pergi dekat Istana Basa Pagaruyung. Tapi tak boleh masuk sebab masih dalam renovation. Diorang kata Istana tu terbakar lah. Walaupun kat luar aje,Istana tu memang cantik ;)





Anddd now maka time. Hohohohoh. duduk Indonesia dua tiga hari gain weight nak mampus rasanya. Makan nasi hari2 without fail. Hahahahha. So abg sam bawak pergi makan dekat Pondok Flora. Sangat nice view pondok flora ni. Makan bersila pastu view sawah. Bawah ada kolam ikan. tak cantik gitew, hahahah ;)







Lepas makan, singgah solat kat masjid on the way nak balik hotel. Lepas tu singgah beli pisang salai. pisang salai dia sangat enak okay. Tersangat2 enak.

Lepas beli belah pisang salai,singgah lagi all the makcik macik nak shopping lagi. Aku takda benda sangat nak shopping so boring sikitlah kan. Habis shopping terus pergi makan pastu balik hotel.
Balik hotel siap2 malam tu ada nak pergi tengok persembahan kebudayaan.

Perembahan kebudayaan diorang? Okay lah not that bad, mula2 boring sikit. Then tarian yang last sekali tu diorang menari2 dengan kaca pulak. Memang awesomeeee. Balik dari tengok persembahan tu, singgah lagi beli makanan, tengah2 malam makan lagi. Beli roti bakar and murtabak. Nak beli murtabak brownise tapi libur pulak peniaga diorang malam tu. Balik, makan2 terus tido.

End of day 2 ;)

Friday, 11 January 2013

Padang Bukit Tinggi | Day One

Finee, Baru nak update sebab malas sesangat ;)

Entry kali ni banyak membebel and ada gambar sikit2 lah kann.

pergi dengan travel agent memang awesome. sebab semua diorang settlekan. tinggal bawak duit berjalan sahaja.

Flight pukul 7.50, tapi sampai airport pukul 4 pagi, apakah? lepas dah check in bag, tetiba kak mam(travel agent malaysia) datang kata aku dengan aida tak lepas sebab passport tak cukup 6 bulan, boleh tak tak perasan? gilaaaa.

Aida call ayed mintak tolong datan and pick up pergi Immigration, sampai putrajaya ambil gambar pastu cakap dengan pegawai diorang kata kami ada urgent flight, terus bagi no baru. Dalam masa setengah jam siap. Walaupun kena bebel sikit dengan pegawai Immigration tak kesah lahh,salah sendiri. pastu terus pergi lcct, flight pukul 2.30. Kak Mam kata nanti kat sana ada supir tunggu. Masuk flight, isi borang terus tido aje. memang penat lah kan.

Sampai Minangkabau Airport,Padang memang dah ada orang tunggu. nasib lahhh, untung laahh  


See siap ada nama, dah lah comel gila supirnya. So dalam kereta aku borak2 lah dengan supir ni. Dia kata,jarang ambil orang,dia keje kat kantor, masih kuliah umur 20 tahun nama Anor. Comell baik giler. bukak kan pintu tutup pintu. haihh.

Pastu anor kata dari padang pergi bukit tinggi kalau tak Macet 2 jam kalau macet banyak mobil double. Gilaa, dia cakap kalau penat tido lah. Aku apa lagi, terus tido lah. penat kot. Aida dah selamat dah berlayar.

Pastu singgah kejap dekat air terjun, Ya Allah memang canti sangat okay air terjun ni. Air terjun lembah anai.  diorang kata kalau asuh muka kat air terjun ni nanti awet muda. hihihihi ;)





Sampai dekat Bukit Tinggi jam 7, Aku gerak dari Padang jam 4 Lebih jugak. Sampai terus pegi kedai makan. Apatah nama kedai makan tu. lapar sangat dah. Hahahha, teruk gila.


Oh Lupa, ni supir aku yang comel tu, hewhewhew Comel kannn. 

Lepas makan terus pergi hotel, Duduk kat hotel Kharisma.

Hotel dia? okay lah not bad, takda aircond ada kipas aje, tu pun dah cukup. masuk bilik mandi2 tukar baju pastu keluar balik. Cari sim card indonesia. Hahahha. wajibulghunah. Sambil2 tu pegi cari benda nak munch munch.  Bneda yang paling menarik adalah Martabak brownie. Sumpah sedap yang amat ya allah/ tak snap gambar pun tapi macam ni lah lebih kurang


Balik bilik terus makan, pastu update apa yang patut terus tido. Hehehhe.




Tuesday, 25 December 2012

My Padang-Bukit Tinggi Trip

The trip was awesome. Walaupun macam2 hal jadi. Kena replace pasport sebab tak cukup 6bulan kena beli ticket flight baru. Macam2 weehh.

Bukit Tinggi
Pemandangan sangat2 cantik. Udara segar, tempat shopping makcik2 okay lah.
Supir jemput kat airport sangat comel nama Ano.
Abg Sam,tourist guide yang awesome.
Part of yang pergi dengan rombongan ni semua best2

Nanti aku blog pasal trip no day by day. Ni teaser gambar dari iphone. Hihihi :)

Sunday, 26 June 2011

A Day Trip To ..... Universal Studio Singapore (USS)

Wahhh , macam tak percaya aje aku dah sampai USS ni kan . Hikhikhik ;)
I went to USS with my national service friend Eyra and her boyfriend Rafiey . we stay at Tune Hotel Danga Bay. The hotel is quite cheap and comfortable . Eventho takda aircon, still selesa lagi .

Sampai JB hari jumaat malam , aku memang tak tahu kat mana Tune hotel ni , sebab masa datang dulu takde lagi . so radakan aje cari jalan ke sana , at last jumpa jugak . hebat betul okaayy. Lepas masuk bilik , rehat2 kejap,keluar pegi makan kat Benafe Cafe, makan ayam penyets ;) . Pun tak tahu jalan , tapi ikot signboard aje . alhamdulillah sampai juga, so jumpa syahir bagi barang2 pegi jakarta haritu . and jumpa kwn eyra jugak nama mas . lepastu dia bawak jalan2 pegi JB Bazar .

Before i begin , post kali ini banyak gambar. too lazy to edit and combine like always ;)



Esok pagi2 dah bangun, sebab janji dengan tourist guide tu pukul 8.00, tapi hampeh . pukul 9 baru sampai . Lepas tu terus Shiuu ke Woodlands . imigresen takde lah strict sangat seperti yang di jangkakan , tapi que terlalu panjang and dah buat masa kat situ . haih .







sampai USS dah pukul 12, sebab que lama gila dekat Woodlands tu . haih .

Ade 7 Main attraction kat USS,Hollywod, Madagascar,Far Far Away,Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City and New York . The Architecture sangat2 cantik , sangat2 kreatif.

The Street of Hollywood
Madagascar !

Que -ing for madagascar rides


Next Pit Stop is Far Far Away , aku ade ambil gambar dekat far far away punya sign tapi dalam kamera yang tak boleh nak transfer , soo pinjam gambar kawan aku ajelah . Oh dekat far far away ni ade Short roller coster dengan shrek 4D. Roller coster tu ingat takutlah kan tapi biasa aje . Shrek 4D memang syok.

Entrance for Roller Coaster ;)

Far Far Away Kingdom

Orge House




4D, gambar shakee

Habis dekat Far Far Away , we continue the journey , terus ke Lost World . First rides biase aje , tak scary sangat lah kan . Then went to second rides , tapi closed sebab delayed . so teruskan to Ancient Egypt . Nak masuk Rides dekat Ancient Egypt tu kena simpan barang dalam loker . Aku sikit pun tak bajet ape rides dalam pyramid tu . Ingat tour tengok mumia ke ape ke  tapiiiii roller coster yang superrr scary, dah lah dalam gelapp . hoooo . mencabar keimanan sangat2 . Aku macam tak percaya yang aku boleh naik roller coaster yang super duper scary tu . Haih . Hebat wanie, hebat .

Que-ing for Canopy Flayer

12.90 sgd



Lepas keluar dari Mummy nih, kiteorang patah balik ke Lost World sebab nak naik rides yang lagi satu , benda wajib kena naik . hampir dua jam jugak lah que-ing for the ride. Bosannn. tapi sebab nak naik jugak, terpaksa lah kan .

Muka bosan beratur


Poncho supaya tak basan 2.00 sgd



rides ni dah diberitahu akan totally wet, tu yang beli poncho tu . hihihi . tapi memang basah, seluar, kasut basah giler kot . tapi seronok okayy . then masuk ke Sci-Fi City . Oh sini rides dia hebat jugak , dan aku tak naik , tak berani langsung . hahahaha .






Lepastu jalan kat New York . Memang dah penat gila , nak ambil gambar pon macam dah tak larat dah . hihihi ;)






Muka dah penat

Dah habis pusing , singgah Souvenir shop . Hihihi , kelangkabut jugak sebab dah pukul 8 lebih, janji dgn Tourist guide tu pukul 9 . Beli2 barang pastu terus balik JB . penat. but it was fun . berbaloi dengan penat .

p/s 
-kalau nak pegi USS ni, pakai pakaian yang sangat selesa .
-then kalau nak pakai flip flop lagi bagus sangat .
-tak payah berat beg bawak minerel water besar, sebab kat situ ade water cooler .
-oh kalau nak beli souvenir, singgah kat universal shop sahaja, dekat entrance. sebab kat situ semua ade .

Sekian , thank you for reading ;)