Showing posts with label Grumbles. Show all posts
Showing posts with label Grumbles. Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Pomegranate Wedding Idea.




Sangat suka,sangat cantik,sangat unique.

aku nak buat sebijik macam ini, tak kira , nak juga nak juga.  (macam nak kahwin bulan depan )

picture source http://www.weddingchicks.com 

Friday, 30 September 2011

Saya tak tahu pula awak boleh nyanyi !


dude harlino ,
kacaknyaaaa .  nak tido mimpi dude lah k bai people ;)

Thursday, 25 August 2011

Ramadan 2011

1. Banyak dugaan bulan puasa tahun ni , mungkin ada hikmah nya.


2. Mama admmited kat az-zahrah on 8/8/2011 . Aku memang dah cuak gila siap muntah. aku pesen kalau cuak lebih,pastu memikir lebih mesti mutah , ape dooo . Pagi tu aku bawak pegi emergency dia bagi nabulizer pastu terus masuk air. Doc kata mama punya paru2 dah ade infection sebab kahak dah lama kat dalam badan.


3. Buka puasa dengan geng2 JKR, masa practical dulu . Buka dekat Sooka sentral, kelantan delight . Nice place. Aku tak tahu pun ade tempat nama sooka sentral. so lame . hahahaha.


4.Mama Discharge on 11/8/11 . Alhamdulillah . tapi aku macam tak sedap hati. mama maseh lemah. then lepas cuti nuzul quran dia dah start kerja and alhamdulillah dah sihat ;)


5.Lepas mama discharge, abah pula admitted dekat Hospital Serdang. Abah admitted on 14/8/11 . Sedih tak habis lagi. tambah sedih ni pulak . aku asyik menanges aje kat hospital. Orang call nak cakap pon tak boleh . mesti menanges.


6. Abah discharge on 18/8/11, abah masuk sebab sama macam mama, ade infection dekat paru2 . Tapi alhamdulillah dah sihat ;)


7. Taha, classmate aku yang berasal dari republic chad, nak balik negara dia for good. datang balik sini untuk convocation nanti bulan 12 . So kekonon gathering before dia balik lah kan . Makan2 dekat alamanda , full story dekat blog cik cuk shyg .


8. Tak shopping raya pun lagi , shopping seluar jeans sahaja masa 1 hari sebelum puasa.


9. Bawak abah pegi ioi mall puchong , dia shopping sakan . katanya dua tahun sekali beli2 mcm ni.


10. Oh addin qazrel dua kali masuk hospital. dia batuk. kene nabulizer jugak . kesian dekat budak comel tu .


ConclusionNya, ramadan tahun ni macam2 dugaan . dan aku terima dugaan ini seadanya. Mungkin ada hikmah semua ni.

Sunday, 14 August 2011

perasaan sekarang ? terlalu sedih . terlalu sedih .
sepanjang hidup ni lah rasanya ramadan yang penuh dugaan yang pernah aku alami .


sedihhh , rasanya dah bengkak mata keluarkan air mata ni . 
haih haih ;(

Friday, 29 July 2011

Day 20: The meaning behind you blog name

Blog name :


The Wanie Oreyco 


WANIE tu nama aku lah. nama panggilan aku lah .
OREYCO tu , sebab dulu aku minat stacie orrico. eja nya orrico tapi aku tukar sikit lah kadi oreyco, tak nampaklah macam tiru nama dia sangat . hahaha.
masa sekolah2 dulu bajet macam ade family name macam org putih .
aku banyak buat ID utuk access internet pakai nama tu . wanie orrico . cool kann . hahahah ;)

Thursday, 28 July 2011

Malaysia vs Singapore (Cerita hangat khairul fahmi kacak dan fiancee)

Alahaaaiii , malaysia kalah dengan singapore, takpelah anda tetap hebat #harimauMalaya ;)
Aku bukanlah reti tengok bola sangat kan , tapi dari ape yang aku tengok #khairulFahmi macam banyak safe kan bola dari masuk dalam goal . Super safee sali pun hebat jugak.


singapore? alah banyak cerita lah player diorang so annoying . meluat . hahahha


* kenapa masa kat singapore hari tu tak kasi #khairulFahmi main ?




Cerita hebat minggu ni adelah kekononya Khairul fahmi tu ade scandal lain. dengan perempuan nama apatah . yee perempuan cun seyh . hahahah . hebat demo apek .
sooo kalau dah ade scandal tentulah fiancee mengamukan . #so kesian .


aku macam senyum2 aje baca gossip hebat khairul fahmi kacak tu . haish .
**aku tak kesah apek nak ada scandal
hahahaha . memang kau tak kesah sebab bukan fiancee kau . hahhaah 
**ape aku mengarut nih . hahahha .


walaupun di landa gossip hangat , khairul fahmi tetap hebat kat padang . aku sukaaa ;)


korang terpikir tak kenapa khairul fahmi ade scandal nih? dah boring kot . tak kesahh yang penting aku suka kat khairul fahmi yang hebat tu . i loveee sepet guy ;) hahahahha

Wednesday, 27 July 2011

Abah dan rokoknya ;)

Balik dari kelantan abah batuk teruk , siap demam bagai semua. Dia kata sakit2 badan sebab bawak estima tu. hehehehe, kesian kat abah . so hari selasa dengan rabu abah dah mc . tak larat nak pergi kerja katanya .


Hari ni pun dia tak pergi kerja . aku bawak pegi klinik tadi . jumpa lah Dr. Sabri kesayangan .


Abah: Saya dah dtg smlm, tapi mcm takde perubahan aje . batuk teruk
Dr.Sabri: Bukak mulut, kate  'aaaa', pusing belakang . ade lelah ke ? macam bunyi2 sikit . 
Abah: Ade doc, tp dah kurang . nak kata isap rokok saya dah berapa hari tak isap rokok ni. Tapi saya ada makan buah mata kucing.
Dr.Sabri: Eh tak boleh lah macam tu , berhenti hisap rokok tu yang jadi sakit2 tu . takpe sy bg mc 2 hari lagi rehat .



Lepas jumpa dokter, aku singgah petronas. Abah turun beli paper. pastu dia masuk kereta, aku nampak kotak rokok.

Abah: Tadi dokter kata suruh isap rokok kan, so abah kena beli lah rokoknya

aku? senyum ajelah , macam2 lah abah aku nih . haih .

Sunday, 17 July 2011



OMG ,Cantiknya warna baju kahwin farah diana@farah AF ni . Aku suka sangat warna dia. Nak jugaaakkk . tapi bila nak kahwin ? hahahah . tak kesah lah bila , yang pentingggg nak warna macam ini jugak .


sekian terima kasih ;)

gambar sumber dari OhBulan

Wednesday, 29 June 2011

Bola Semalam (29/6/11) Malaysia vs Taiwan

Cerita bola. Aku bukanlah penggemar tegar bola , aku tak ambil port sangat pun , aku dah kurang sikit pasal bola ni sebab khairul fahmi tu dah bertunang, so sedikit kecewa then malas nak tengok bola dah . (hahahahaha alasan yang lawak!) tapi siapa tak bangga kalau Malaysia dah boleh main untuk pra-kelayakkan ke World Cup kan . Seronok kan . hebat sebenarnya pemain malaysia ni .

Tapi semalam bukannya aku tengok pun bola nya, aku pegi makan KFC oleee! pocket full . Hahahaha . 

Aku call abah aku tanya nk makan ape2 ke, dia cakap tak mau, aku tanya lah bah buat apa. dia kata dok tengok bola . aku tanya malaysia dah score ke? Abah aku cakap, ingat hebat ke nak score awal2 game . hahahah.

pastu aku mesej ayie, saje kacau org tua ni, dia kata dia kat stadium duk tgk bola, time tu dah pukul 10.00 lebih rasanya . aku tanya malaysia dah score ? dia kata dah 2-1 . Okay quite good for malaysia .

balik rumah, aku sambung tengok dengan abah aku , 

aku: abah, hebat ek malaysia boleh score 2 goal . boleh lah menang nanti kat taiwan pastu masuk world cup . wahh memang syokk kan .

abah: hebat ape, main macam budak2 aje. pasing tah pape aje . ni kalau main kat taiwan sure-sure kalah punya .

aku: ehh macam tu pulak . dah score tu ok lah .

abah:wani penah main bola ke? tengok bola pun tak paham nak komen

aku: terus belah dengan muka yang choyyy

siot aje kene sound macam tu dengan abah aku kan , haih . nasibbb . hahahaha . kalau bapak aku jadi coach camne lah kann . hihih.

apa2 pun..


TAHNIAH MALAYSIA ;)
GOOD LUCK UNTUK GAME DEKAT TAIWAN NANTI ;)

Tuesday, 28 June 2011

Day 8: Your Dream Wedding

Wahh , boleh skip ke benda ni , aku tak terpikir punn (eh ade terpikir,tapi takkan nak tulis. segannn . hahahah)

Mama aku pesan, nak kahwin,reception pegi cari dewan , nak nikah2 boleh kat rumah . sebab taknak nyusahkan orang, ganggu orang punya jalan,haih . Aku rajin jugak tengok blog2 orang kawen . Hahahah . tengok aje takde pun terpikir nak kahwin dalam masa terdekat ni kan . hahahaha . soooo wedding dream aku macamni lah kot .

Color theme :
Masa nikah nak pakai Color Champagne gold,wahhh cantiknyaaa , pastu nak suruh family aku pakai baju color hitam plus ade sikit color champagne gold tu . Wahhh. meriahh . oh bridesmaid nak kene pakai cream kot .


Masa reception pulak aku nak pakai Putih kot ,pastu bids aku ade color pink belacan . aku pon tak taw color pink belacan ni camna. ohh aku nak suruh family aku pakai pink belcan . no excuses .

 lebih kurang camnilah kot kaler pink belacan

Hantaran : 
Tak tahu lagi .

Deco:
Nak ade paper lantern banyak2 ,Bantal2 . awhh comelnyaaa



DoorGift
Tak tahu jugak . huhuhu , tapi nak letak dalam Chinese take away box tu


GuestBook
Nak guna instant camera . Heheheheh ;)

Tah ape lagi , tak fikir pon, cukuplah dah bagi tahu camni , dream wedding . Hhahahaha ;)
Meriaahhh kau punya berangan kannn wani . hahahahaha

Sunday, 26 June 2011

A Day Trip To ..... Universal Studio Singapore (USS)

Wahhh , macam tak percaya aje aku dah sampai USS ni kan . Hikhikhik ;)
I went to USS with my national service friend Eyra and her boyfriend Rafiey . we stay at Tune Hotel Danga Bay. The hotel is quite cheap and comfortable . Eventho takda aircon, still selesa lagi .

Sampai JB hari jumaat malam , aku memang tak tahu kat mana Tune hotel ni , sebab masa datang dulu takde lagi . so radakan aje cari jalan ke sana , at last jumpa jugak . hebat betul okaayy. Lepas masuk bilik , rehat2 kejap,keluar pegi makan kat Benafe Cafe, makan ayam penyets ;) . Pun tak tahu jalan , tapi ikot signboard aje . alhamdulillah sampai juga, so jumpa syahir bagi barang2 pegi jakarta haritu . and jumpa kwn eyra jugak nama mas . lepastu dia bawak jalan2 pegi JB Bazar .

Before i begin , post kali ini banyak gambar. too lazy to edit and combine like always ;)



Esok pagi2 dah bangun, sebab janji dengan tourist guide tu pukul 8.00, tapi hampeh . pukul 9 baru sampai . Lepas tu terus Shiuu ke Woodlands . imigresen takde lah strict sangat seperti yang di jangkakan , tapi que terlalu panjang and dah buat masa kat situ . haih .







sampai USS dah pukul 12, sebab que lama gila dekat Woodlands tu . haih .

Ade 7 Main attraction kat USS,Hollywod, Madagascar,Far Far Away,Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City and New York . The Architecture sangat2 cantik , sangat2 kreatif.

The Street of Hollywood
Madagascar !

Que -ing for madagascar rides


Next Pit Stop is Far Far Away , aku ade ambil gambar dekat far far away punya sign tapi dalam kamera yang tak boleh nak transfer , soo pinjam gambar kawan aku ajelah . Oh dekat far far away ni ade Short roller coster dengan shrek 4D. Roller coster tu ingat takutlah kan tapi biasa aje . Shrek 4D memang syok.

Entrance for Roller Coaster ;)

Far Far Away Kingdom

Orge House




4D, gambar shakee

Habis dekat Far Far Away , we continue the journey , terus ke Lost World . First rides biase aje , tak scary sangat lah kan . Then went to second rides , tapi closed sebab delayed . so teruskan to Ancient Egypt . Nak masuk Rides dekat Ancient Egypt tu kena simpan barang dalam loker . Aku sikit pun tak bajet ape rides dalam pyramid tu . Ingat tour tengok mumia ke ape ke  tapiiiii roller coster yang superrr scary, dah lah dalam gelapp . hoooo . mencabar keimanan sangat2 . Aku macam tak percaya yang aku boleh naik roller coaster yang super duper scary tu . Haih . Hebat wanie, hebat .

Que-ing for Canopy Flayer

12.90 sgd



Lepas keluar dari Mummy nih, kiteorang patah balik ke Lost World sebab nak naik rides yang lagi satu , benda wajib kena naik . hampir dua jam jugak lah que-ing for the ride. Bosannn. tapi sebab nak naik jugak, terpaksa lah kan .

Muka bosan beratur


Poncho supaya tak basan 2.00 sgd



rides ni dah diberitahu akan totally wet, tu yang beli poncho tu . hihihi . tapi memang basah, seluar, kasut basah giler kot . tapi seronok okayy . then masuk ke Sci-Fi City . Oh sini rides dia hebat jugak , dan aku tak naik , tak berani langsung . hahahaha .






Lepastu jalan kat New York . Memang dah penat gila , nak ambil gambar pon macam dah tak larat dah . hihihi ;)






Muka dah penat

Dah habis pusing , singgah Souvenir shop . Hihihi , kelangkabut jugak sebab dah pukul 8 lebih, janji dgn Tourist guide tu pukul 9 . Beli2 barang pastu terus balik JB . penat. but it was fun . berbaloi dengan penat .

p/s 
-kalau nak pegi USS ni, pakai pakaian yang sangat selesa .
-then kalau nak pakai flip flop lagi bagus sangat .
-tak payah berat beg bawak minerel water besar, sebab kat situ ade water cooler .
-oh kalau nak beli souvenir, singgah kat universal shop sahaja, dekat entrance. sebab kat situ semua ade .

Sekian , thank you for reading ;)

Tuesday, 11 January 2011

dah terlepas tarikh cantik lagi .

haish ** hahahah ;)

Monday, 27 December 2010

Last week on 2010

woahh , dah minggu terakhir tahun 2010 .
macam cepat ,
dah nak dekat setahun aku kerja ;)
dah setahun mok aji meninggal ,
dah setahun wan meninggal,
dah cukup setahun meninggalkan UK , unforgettable vacation ;)

Review in 2010

January
Abis belaja , duk kat umah , xwat pape , macam x da arah tujuan
Meeting up with my NS friend yang almost 1 year tak jumpa .

February
Mula berkerjaya ;)
Gathering dengan budak2 KUIS yang saya renduu ;)

March
Tiada yang special pun , masih berkerjaya dan sedang seronok berkerjaya ;)
Abang dayah yang sulung kawen , aku kecewaa ;( hahahaha
Book tiket untuk bercutii ;)

April
Nothing Special ;)

May
Birthday saya , dapat tiket flight free pegi langkawi ;)
Haikal bagi tiket free tgk AF8 punye final ;) hahaha ;)

June
World cup hebat , x minat bola pun tapi tengok sebab JAPAN ;)

July
Mama abah pegi umrah
Boss saya kawen , seronok ;)
Jumpe cik anith , kenal from FB and Blog ;)
Naya balik wat gathering umah ainul yg baru dpt baby time tu
En.rado syg saya MATI , sedihhh :( :(

August
Cik GenGen setahun on 31 august ;)
Holiday with my bestie dekat SABAH ;) sangat seronok ;)
My childhood best friend dah kawen auwww ;)

September
Cuti Raya Lama Sangat
Dah tak dapat duwet raya dah . ngeee

October
Officially menjadi nenek kepada Amir Rafiq M.Hazim ;) new name ONI
Adik ain start PMR
101010 ,kawan mase sekolah shakila eksiden dalam bus ;(

November
Bersiar-siar di melaka bersama besties again , makan ikan bakar , yummeh
Driving a Porsche Cayenne Turbo ;) fuhh
Saya suka Khairul Fahmi Chemat ;) wink wink

December
Nothing special ;)



Wednesday, 22 December 2010

Kenapa ?

Kenapa saya suka beli groceries kat kedai yang tauke die cina,
pastu terpampang besar2 nama kedai tu orang cina punya

sebab
1.Kedai cina ni selalu nya barang lengkap , cakaplah ape ko nak mesti ada punya .
2.Susunan pun tak merapu
3.Pekerja die sangat friendly kadang2 tu
4.Anak tauke mesti kacak puye ini saya suka

hahahaha . sebenarnyer tu satu je pun , hampir semua barang ada .
sebenarnya aku panas dari pg tadi lg dengan kedai runcit orang2 melayu ni .
gila kau, minyak masak x da. bongok . kedai besar, tapi xda apa2 .

mama selalu marah , sanggup pi pasaraya LnM tu , dah taw kedai orang cina , nk tolong diorang watpe ? bukan taknak tolong orang melayu berniaga , tapi kalau dah kedai melayu tu xde barang mcm mana nak tolong ?




Thursday, 9 December 2010

TARA 4


And The winner is

drum roll
...
....
....
....
...
...

The Richards team from Philippine . Yeayyyy

Congrats to The Richards!!!

Monday, 22 November 2010

No more the popular twins






ini pula kegemaran beta , Khairul Fahmi ,goalkeeper Kelantan ;)
kacak kaann , hensem kaaann , macam jepun kannn .
gua sukaa gilaaa , tapi dah ade girlfriend doh . TENSIII !
bertuah gefren dia . ngeh ngeh ;)



gambar credit to his own facebook Khairul Fahmi Che Mat

Sunday, 21 November 2010

TARA Season 4

Malaysian team dah kuar .
dah xde participant from malaysia ,
mencikk .

tapi xpe lah , quite good dah sampai level ni .
weee

pasni nak sokong Richard and Richard ngan Claire and Michelle . wee .
go Philippine go Singapore

Tuesday, 19 October 2010

20102010

Baru perasan , cantik tarikh hari ni .
rugi tak buat solemnization day . hahahah ;)

ouh .

happy birthday azzuanith azmi ;)

Wednesday, 6 October 2010

Nak macam ini jugak !

Angkasawan Negara dah nak kahwin , tapi itu tak berapa penting .
yang penting skang ni ....
Gambar pre-wedding die sangat dan teramatlah cantek .




Haish haish haish .
Nak macam ni jugaaakkkkkkk .!




Mintak macam nak kawen dalam masa terdekat ,
jangan berangan lah wanie senget

picture credit to http://www.candidsyndrome.com