Wednesday 21 December 2011

Pomegranate Wedding Idea.




Sangat suka,sangat cantik,sangat unique.

aku nak buat sebijik macam ini, tak kira , nak juga nak juga.  (macam nak kahwin bulan depan )

picture source http://www.weddingchicks.com 

Tuesday 13 December 2011

Wordless Wednesday #4




Kak Nisa Wedding, @TheWonnie, @The Aqasha ;)

Wednesday 7 December 2011

The Ombak Rindu

Hangat sangat kan filem ni, orang berebut-rebut nak tengok , semalam tengok pun penuh cinema, sampai seat bawah sekali pun orang sanggup beli, ini semua penangan Aaron Aziz atau kekuatan novel itu sendiri. Tapi bagi aku aku tengok sebab novel itu memang best, aku baca banyak kali pun tak pernah boring . Oh penangan aaron aziz tu ade lah sikit kan.


Oh, ini comment aku sendiri, ini apa yang aku rasa lah masa tengok movie ni .

  • Bagi aku cerita ni a bit slow, aku siap boleh tweet, main fb texting dgn orang masa dlm cinema, skip jauh sangat, oh pastu macam banyak tergantung.
  • Aaron aziz terlalu kacak dalam filem ni , belt putih? kasut putih? hawt kan? 
  • Penguat cerita adalah Aaron Aziz, cuba bagi hero lain, aku rasa mungkin kurang sambutan. Melainkan orang memang nak tengok sebab dah baca novel tu, eh kalau bagi aqasha pun okay ape .
  • Maya karin? err, dia memang cantik, tapi macam tak sesuai aje, macam pelik . tak paham kenapa dia terpilih.
  • Supposed cerita ni sedih okay, tapi banyak gelak2.
  • Bront palarae ? aku suka si dagu panjang ni . hooyehhh ;)
  • Banyak scene yang romantik antara izzah dah hariz, masa diorang dah kahwin, hariz komen pakai baju buruk, then hariz usap2 rambut izzah, sweet sangat kot .
  • Muka hariz yang bernafsu gila bila tengok izzah berkemban. Awhh, itu hot giler okay.  
  • Hadiahkan jam tangan sebagai hantaran, itu cute sangat okay .
  • Oh hariz nampak kejam masa scene dalam bilik air, tolak izzah, then izzah bagi tahu dia tak mengandung itu kesian.
  • Lisa surihani sangat comel, marah-marah pun comel,datang office nak ajak lunch pastu duk sebut "surprise surprise" pon comel.
  • Julia zigler jadi wafi? pastu awal2 cerita dah ada wafi? apakah ? ohhh baju julia zigler nampak perut buncet ? apakah ?
  • Time hariz menangis sebab rindu izzah sangat2, okay tu sedih sikit lah, tapi still tak menangis . kental gila aku nih. hadoi .
Banyak lagi kot nak comment, tapi malas lah . overall aku rasa biasa aje, aku boring aje dalam cinema tu . so aku harap2 diorang buat lah series kat astro macam Lagenda Budak Setan tu . Aku lagi seronok tengok macam tu, sebab panjang and lagi masuk akal ;)


p/s: gambar tiada kena mengena okay ;)

Wednesday 30 November 2011

Seperti yang anda tahu, aku dah tengok Breaking Dawn part 1, yahoooo .


bukan lah big fan of twilight, tapi rasanya tak pernah missed lagi the twilight saga, mesti tengok dekat cinema.


tengok breakin dawn part 1 ni membuatkan ku tak sabar untuk menunggu part 2. yeayy .


banyak part yang aku suka dala cerita ni, nak review tak reti, so aku cerita part mana aje yang aku suka eh ;)




1.  Bella’s wedding dress and shoes were absolutely stunning.





2. Seth the werewolf sangat comel 
3. Tempat honeymoon sangat cantik.
4. Bella sangat buruk lepas pregnant, sangat kurus.
5. Jacob sangat caring, i lovee jacob ;)
6. Nama anak bella, if boy she choose E.J (edwardjacob) if girl, Renesmee (the mom name)
7. Jacob suka renesmee.
8. Oh one part, jacob ada cakap, kind is my middle name. cutee .
9. Jasper tetap handsome
10. Bella mati dan jadi vampire mata merah yang saaangat cantik .


Nak tengok lagi breaking dawn.

Wednesday 23 November 2011

Wordless Wednesday #3

Tuesday 15 November 2011

Wordless wednesday #2

2 Years and 4 Month

Monday 14 November 2011

Its hot in here .

My current home screen image. Yes, I know,sedikit gedik disitu. Hahahaha .

Haihh . Hawt gila sharnaaz ahmad . Melting.

Kbai.
Oh btw , aku screen grab gambar ni from twitter dia ;)

Picture source sharnaaz ahmad's twitter ;)

Sorry sharnaz, terpaksa screen grabber gambar you sbb hawt sangat .

Friday 11 November 2011

11.11.11

Haaaa, takda special pun bagi aku.

So kepada semua yang nikah,tunang,dapat baby

"Tahniah diucapkan"

Ouh btw, pagi tadi ada terbaca tweet owner beatifulnara, dia tulis camni

"9 bulan dari tarikh 11/11/11 hari ini,adakah akan lahir ramai anak luar nikah?konon2 nak tunjuk cinta sejati sempena tarikh menarik"

Bila pikir2 balik ada betul kan. Tapi harap takdelah . Hihihihi .

Okay people happy 11/11/11 :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 1 November 2011

Wordless Wednesday #1

RINDU 

Adam Zulkarnain

Addin Qazrel

Alya Zulaikha

Adam Qairel

Monday 24 October 2011

Black Berry pin please ;)


Ray ban dia seperti enak dimakan bukan ? 

picture credit to : budiey ;)

Wednesday 19 October 2011

Real Steel .



Haih rajinya aku buang duit tengok movie bulan ni . hihihihi . last week tengok what's your number . semalam tengok real steel pulak .


Real steel ? terbaik lah weh . tolong lah ajak aku tengok lagi sekali . please .




Handsome tak hugh jackman ni pakai ray ban. bak kate ayen rayban dia kena ngan hidung . haihh cair. oh btw aku tak taw pun hugh jackman belakon cerita ape before ni kan . aku siap tanya ayen dia belakon cerita ape . hahahaha . so lame lah wanie.




max adelah makhluk yang super comel amat . 
bila dia menari dengan robot dia tu super comel okay ;)




Banyak scene cerita ni yang best . so sila lah pergi tengok . oh aku suka scene yg :


- max konon nak jatuhkan kunci charlie dalam longkang
- max dealing dgn kingpin, masa Atom nam fight .
- masa max cabar team zeus . nom nom comel amat .
- bila max cakap kat charlie "you talking to a robot ". comel . weee ;)

Monday 17 October 2011

Wanita ;)

‎Aku terbaca ni dekat facebook sape tah . saje nak berkongsi ;)


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat



source:facebook orang ;)

What's Your Number



Hola people . its been a while tak post panjang-panjang kan . malas dan tiada idea nak post .


so hari ni nak cerita pasal movie yang aku dan adik aida pegi tengok. Setahu aku sepatutnya movie ni tajuk sex list . tapi macam kurang sopan kot kalau nak masuk malaysia . hihihihi .


-Cerita ni , agak lucah okay . 18 and above ;)
- Anna Faris like always, mmg blur dan comel .
-Chris Evans memang hawt giler kan , asyik pra-naked aje . hadoii .
-Cerita dia mcm mengarut sikitlah , mengira berapa lelaki yang dia dah penah tido . tapi kelakar 
-Oh lagu lionel richi dalam ni best jugak
-Satu part ni kwn dia cakap " its like 19 penis in 1 vagina" eyeww lucah kann .


Tapi over all cerita ni best ;)

Friday 14 October 2011

Untitled

Lama tak update blog. Bukan malas cuma takde idea nk tulis ape . Pastu sekarang ni kawan2 saya yg 2 org ni rajin pulak update blog mereke . Hihihih . Okay nanti nak update lah . Hihihhihi . ;)





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 10 October 2011

Testing

Trying to update the blog using my phone . Ohh yehhh jadi tak ? Hihihi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 6 October 2011

Day 28 : In this past month, what have you learned

Hahahahah , dah sebulan lebih aku tinggalkan game ni separuh jalan . sebab malas dan juga tiada mood untuk update . so aku nak update sekarang .


In this past month, what have you learned


Aku belajar rasa sedih yang amat sangat
(abah and mama admitted ke hospital selang seminggu) ,
masa bawak abah kat emergency tu aku dah sedih gila , tengok abah aje nages . kak pija call takleh nak cakap sedih sangat . kak cek lah dtg peluk dia aku menangis .
masa mama masuk spital , aku risau sampai aku muntah2 . 


Aku belajar terima kenyataan yang takda baju baru untuk hari raya .
 muahahaha . Tailor aku lupa nak bagi baju raya aku tu apakah ?

Tuesday 4 October 2011

Obesesiku -Firdee Aqasha ;)



Terhadap budak comel yang amat nih


gambar edited by maksu ain comel .

Friday 30 September 2011

Saya tak tahu pula awak boleh nyanyi !


dude harlino ,
kacaknyaaaa .  nak tido mimpi dude lah k bai people ;)

Yna Wedding ;)

Siapa sangka , pergi program anak angkat kat lenggeng negeri sembilan
jadi kiterang punya fasilitator sekarang dah jadi husband yna ;)


So on 17 September 2011 sah lah yna jadi isteri kepada abg mat . yahooo .
semua tak sangka yna akan kahwin dulu .


Tahniah yna and abg mat ;)


Yna buat kenduri dekat Felda Air Itam Johor, kami pegi 2 buah kereta , 6 orang ;)


peserta wajib mestilah aku, cuk dan tikah , tambahan lain2 adalah kak basyi azam dan juga halim .
gerak dari seremban pun dah pukul 11, sampai rumah yna pukul 1 lebih, sampai2 tu hujan lebat 
pengantin bersanding pun dah pukul 3 , sebab hujan.


Lepas makan2 tengok yna yang super gojes bersanding, kiteorang pun mintak diri untuk balik kerana perjalanan masih jauh .


then singgah Air Itam hanya untuk beli putu piring yang mmg enak giler . kene beratur kot nak membelinya . haihh .


tapi semuanya seronok , aku bersyukur sebab ade kawan2 yang best macam korang ;)
ini gambar2 yna , curian dari Facebook Yna dan juga facebook moja ;) 








To Yna and abg mat , 


Selamat Penganti Baru, semoga berbahagia hingga hujung nyawa aminn ;)

Monday 12 September 2011

Wajah Kesayangan Hamba ;)

Addin Qazrel Ahmad Fazley and also know as ahmad petak kesayangan saya ;)
D.O.B: 8 April 2011
P.O.B: KPJ Tawakkal
Parent : Abg jo & Kak pija

0
1st Day 

4th day

45th day


60th day

4 month

5 month
dah boleh berdiri atas tangan abah ;)

Addin dah 5 bulan, rasa mcm tiap2 minggu nak jumpa dia. geram yang amat sangat. haihhh . bila dia senyum tu cair gila tengok.


oh mata addin sangat cantek, mata hitam besar mcm akydd kharamy sikit2.
mata adam sepet sikit,tapi comel juga.
love both of you ;)


Badam & Badin ;)

Friday 9 September 2011

Addiction macam tah ape tah .


@camronmitchell yang sangat comel dan handsome .

kbai (tiru adik ain)


Sunday 4 September 2011

Aidilfitri 2011 ;)

Selamat hari raya Aidilfitri semua blogger,reader,follower .bajet macam ramai follower+reader .


1. Balik raya, malam raya. gerak dari bangi pukul 11 sampai permatang sintok pukul3. Aku bawak sampai G.Semanggol. Then abah bawak . Supposed balik pada hari raya pertama,tapi ade orang terlebih exited nak balik raya.


2. Pagi raya,aku tak pegi sembahyang raya sebab ? sebab boleh bantai demam pagi raya . hoiih . gila tak best.


3. Baju raya abah warna pink belacan, comel bukan? baju raya aku ngan aida tak siap . so aku pakai baju last year yang belum pakai,aida beli baju baru . Baju aku kaler puteh, cuma pakai shawl kaler belacan aje. mama pun pakai baju lama aje tapi cantek ;)


Baju raya abah yang kaler Pink
aku,aida,cousin,adik ain


4.Family makteh tema puteh, so aku boleh join diorang, pakcik punya family kaler kunin kau . hawtt.


5.Pakcik aku kaya doo, pakai nikon D7000. gua sukaaa .hahahaha. boleh posing best best.


6. Raya kedua pegi pendang raya rumah cuk. then lepak rumah mama fazilah aje. Malam pegi nonton movie dengan badam and paksu yen, paksu belanja. oh kami tengok cars 2. comelll ;)


7. Raya ketiga makteh buat open house, so shiuu rumah dia dekat tanjung . lepas makan2 pegi rumah kakcek dekat bayan baru. malam pegi queensbay Mall. nak tengok movie. kekonon hantu bonceng tapi full house so tengok final destination. scary bodoh cite tu. 


8. Hari jumaat balik bangi. Aku tak bawak kereta langsung kerana tidak sehat, suara macam Ella, selesema lagi. memang seronok.


Conclusionya, raya tahun ini best, tahun lepas boring giler. Oh tahun ni aku bagi duit raya. hihihi tapi maseh dapat duet raya, sekian terima kasih ;)


gambar2 raya yang tak banyak pun ;)





Thursday 25 August 2011

Ramadan 2011

1. Banyak dugaan bulan puasa tahun ni , mungkin ada hikmah nya.


2. Mama admmited kat az-zahrah on 8/8/2011 . Aku memang dah cuak gila siap muntah. aku pesen kalau cuak lebih,pastu memikir lebih mesti mutah , ape dooo . Pagi tu aku bawak pegi emergency dia bagi nabulizer pastu terus masuk air. Doc kata mama punya paru2 dah ade infection sebab kahak dah lama kat dalam badan.


3. Buka puasa dengan geng2 JKR, masa practical dulu . Buka dekat Sooka sentral, kelantan delight . Nice place. Aku tak tahu pun ade tempat nama sooka sentral. so lame . hahahaha.


4.Mama Discharge on 11/8/11 . Alhamdulillah . tapi aku macam tak sedap hati. mama maseh lemah. then lepas cuti nuzul quran dia dah start kerja and alhamdulillah dah sihat ;)


5.Lepas mama discharge, abah pula admitted dekat Hospital Serdang. Abah admitted on 14/8/11 . Sedih tak habis lagi. tambah sedih ni pulak . aku asyik menanges aje kat hospital. Orang call nak cakap pon tak boleh . mesti menanges.


6. Abah discharge on 18/8/11, abah masuk sebab sama macam mama, ade infection dekat paru2 . Tapi alhamdulillah dah sihat ;)


7. Taha, classmate aku yang berasal dari republic chad, nak balik negara dia for good. datang balik sini untuk convocation nanti bulan 12 . So kekonon gathering before dia balik lah kan . Makan2 dekat alamanda , full story dekat blog cik cuk shyg .


8. Tak shopping raya pun lagi , shopping seluar jeans sahaja masa 1 hari sebelum puasa.


9. Bawak abah pegi ioi mall puchong , dia shopping sakan . katanya dua tahun sekali beli2 mcm ni.


10. Oh addin qazrel dua kali masuk hospital. dia batuk. kene nabulizer jugak . kesian dekat budak comel tu .


ConclusionNya, ramadan tahun ni macam2 dugaan . dan aku terima dugaan ini seadanya. Mungkin ada hikmah semua ni.

Sunday 14 August 2011

perasaan sekarang ? terlalu sedih . terlalu sedih .
sepanjang hidup ni lah rasanya ramadan yang penuh dugaan yang pernah aku alami .


sedihhh , rasanya dah bengkak mata keluarkan air mata ni . 
haih haih ;(

Thursday 11 August 2011

Day 27: What kind of person attract you ?

1- Sepet, bila senyum tak nampak mata.
haaaa , ni contoh tak nampak mata . muahahha


2- Smells good ;), using Clinique Happy for men . muahahaha
3- Ade sense of humor
4- Metilah yang beragama, beriman . so boleh bimbing aku ni haaa .
5-Pakai sneakers yg smart. 
6- I love smoker , tapi tak suka bila hisap rokok depan aku . ape doo , senget lah weh .


Tapi yang pentingggg , aku memang suka tengok #sepetguy . muahahahaha ;)

Day 26: A photo somewhere you want to go


Maldives

Spain ;)
Greece

Perhentian

Wednesday 10 August 2011

Day 25: Who are you ?

Who am i ? i am the owner oh this blog ,

my name is norhazwani , people call me wani ;)

Monday 8 August 2011

;(

Mama admitted kat az-zahrah semalam ,


mama dah demam dari hari rabu minggu lepas lagi, tak kebah2 sampai ahad . siap muntah bagai semua ;(
sedihnyaa tengok mama macam tu, tiga kali pegi klinik , doctor bg ubat yg sama and bagi Nebulizer sahaja.


Dah dua tiga hari adik aida paksa pegi emergency , pegi klinik biasa mmg dia akan bagi ubat yang sama sahaja , adik aida kata , pegi hospital ok sikit, dia masuk ubat and air, mama macam dah takde tenaga dah sebab tak makan pastu muntah . sedihnya .


Semalam lepas masuk air + ubat + nebulizer 4 jam sekali , nampak mama macam dah ok sikit , dah semangat sikit nak dibandingkan masa kat rumah, lemah sangat . Allhamdulillah ;)


Semoga mama cepat sembuh .

Thursday 4 August 2011

Day 24- A photo something that means a lot to you


they means a lot to me , sayang diorang sampai mati . love you mama abah ;)

Wednesday 3 August 2011

Day 23 : 15 fact about you



15 fact about me ?


1- Saya seorang perempuan, anak kepada jamil&hafdzam, kakak kepada aida farahin&ain yasmin
2- Aku dah bekerja , setahun lebih , (tapi gaji tak naik lagi duhh)
3- Aku suka makan , tapi aku tak makan seafood, kecuali udang . 
4- Aku ade sinus , hidung akan gatal seharian jika mkn udang iaitu seafood , tapi ade kesah sebab ianua enak.
5- Aku suka tengok gambar2 photographer yang hebat2 tu , oh aku suka baca blog bride2be . muahahaha
6- Aku sangat suka tengok sepet guy , aku rasa mereka hawttt gila example ialah Khairul Fahmi Che Mat ;)
7- Aku suka tgk perempuan pakai kemeja petak2, jeans, converse and shawl . Comel ;)
8- Aku suka travelling dengan kawan2
9- Aku sayang parent and siblings aku 
10-Sekarang ni aku dah mula malas nk pegi kerja hari2 .
11-Aku suka ipon ;)
12-Aku suka Khairul Fahmi Che Mat ;)
13-Aku suka GLEE
14-Aku ada proton gengen
15-Aku suka kat class mate ngan school mate aku dulu, sampai sekarang. hahahahah

Day 22: A letter to someone who hurt you recently

Nobody hurt me recently .

Thank you very much and Bye ;)

Monday 1 August 2011

Day 21 : A photo of something that make you happy


iphone pillow . wallamak best gila kalau dapat ni . hehehehe ;)

Sunday 31 July 2011

PUASA ;)

Selamat berpuasa, berterawih dan berbuka puasa bersama keluarga eh , bersahur kepada semua reader **bajett macam ada banyak reader. #sopoyo ;)


Alhamdulillah , syukur sebab dapat menyambut ramahan lagi tahun ni .


hopefully aku boleh khatam al-quran tahun ni , insyaAllah #ramadanwish ;)

Friday 29 July 2011

Day 20: The meaning behind you blog name

Blog name :


The Wanie Oreyco 


WANIE tu nama aku lah. nama panggilan aku lah .
OREYCO tu , sebab dulu aku minat stacie orrico. eja nya orrico tapi aku tukar sikit lah kadi oreyco, tak nampaklah macam tiru nama dia sangat . hahaha.
masa sekolah2 dulu bajet macam ade family name macam org putih .
aku banyak buat ID utuk access internet pakai nama tu . wanie orrico . cool kann . hahahah ;)

Thursday 28 July 2011

Malaysia vs Singapore (Cerita hangat khairul fahmi kacak dan fiancee)

Alahaaaiii , malaysia kalah dengan singapore, takpelah anda tetap hebat #harimauMalaya ;)
Aku bukanlah reti tengok bola sangat kan , tapi dari ape yang aku tengok #khairulFahmi macam banyak safe kan bola dari masuk dalam goal . Super safee sali pun hebat jugak.


singapore? alah banyak cerita lah player diorang so annoying . meluat . hahahha


* kenapa masa kat singapore hari tu tak kasi #khairulFahmi main ?




Cerita hebat minggu ni adelah kekononya Khairul fahmi tu ade scandal lain. dengan perempuan nama apatah . yee perempuan cun seyh . hahahah . hebat demo apek .
sooo kalau dah ade scandal tentulah fiancee mengamukan . #so kesian .


aku macam senyum2 aje baca gossip hebat khairul fahmi kacak tu . haish .
**aku tak kesah apek nak ada scandal
hahahaha . memang kau tak kesah sebab bukan fiancee kau . hahhaah 
**ape aku mengarut nih . hahahha .


walaupun di landa gossip hangat , khairul fahmi tetap hebat kat padang . aku sukaaa ;)


korang terpikir tak kenapa khairul fahmi ade scandal nih? dah boring kot . tak kesahh yang penting aku suka kat khairul fahmi yang hebat tu . i loveee sepet guy ;) hahahahha

Wednesday 27 July 2011

Abah dan rokoknya ;)

Balik dari kelantan abah batuk teruk , siap demam bagai semua. Dia kata sakit2 badan sebab bawak estima tu. hehehehe, kesian kat abah . so hari selasa dengan rabu abah dah mc . tak larat nak pergi kerja katanya .


Hari ni pun dia tak pergi kerja . aku bawak pegi klinik tadi . jumpa lah Dr. Sabri kesayangan .


Abah: Saya dah dtg smlm, tapi mcm takde perubahan aje . batuk teruk
Dr.Sabri: Bukak mulut, kate  'aaaa', pusing belakang . ade lelah ke ? macam bunyi2 sikit . 
Abah: Ade doc, tp dah kurang . nak kata isap rokok saya dah berapa hari tak isap rokok ni. Tapi saya ada makan buah mata kucing.
Dr.Sabri: Eh tak boleh lah macam tu , berhenti hisap rokok tu yang jadi sakit2 tu . takpe sy bg mc 2 hari lagi rehat .



Lepas jumpa dokter, aku singgah petronas. Abah turun beli paper. pastu dia masuk kereta, aku nampak kotak rokok.

Abah: Tadi dokter kata suruh isap rokok kan, so abah kena beli lah rokoknya

aku? senyum ajelah , macam2 lah abah aku nih . haih .

Day 19: A photo of something you want to do before dye

pegi buat umrah/haji
bungyy jump . ni dalam wish list kot 

kahwin ! hahaha