Wednesday 25 May 2011

Teater Tyickoouns

Aku rasa , macam dah jatuh cinta dengan teater ni, bukan lah aku nak jadi pelakon teater tapi aku suka tengok teater. Dulu masa sekolah ade kelab teater tapi aku tak masuk pun, aku tahu aku tak layak sebab aku tak layak lah kan , tapi aku suka tengok kawan-kawan aku yang masuk teater tu rehearsal . Okay balik kepada tajuk .

Semalam aku pegi tengok teater dekat Audi Dewan Bahasa dan Pustaka, Aku tengok Teater Tyickoouns . The teater was awesome , mula2 memang tak paham ape pasal citer . Hihihi . Tak kesah lah . 

Oh saya jumpa itu daim ;)
  
Zahiril Adzim @ Long

Abg QueQue pon ade, Dia superrr comel . hihihi ;)


Ni gambar-gambar yang kite orang snap masa teater tu , sebenarnya banyak gambar kat kak zu , tapi malas lah nak letak banyak2 . Hihihih

Haaa, ni pelakon utama , Nama dia amerul affendi kot , rasanyaa .Dia banyak belakon teater, movie,series pun ade gak ,tapi tak banyak. Dia lagi suka Teater . Hihihi ;) (ni dia kata lah kans)



Okayy , back to The teater. Ni sinopsis dia . Pergila tengok boleh jumpa zahiril adzim yang comelness dan pemalu tu . hoihh . hahahha ;)

SINOPSIS

Kelab peribadi mewah milik Tycoon telah berada di bawah kuasaan Manan. Kelab itu telah menjadi tempat persembunyian Manan bersama pengikut-pengikutnya yang mengamuk atas ketidakadilan kepimpinan Tycoon terhadap Pekan Siem Pang. Amukkan ini berlaku setelah Long menjadi mangsa tuduhan sebagai korban menutup kesalahan Tycoon atas jenayah yang dilakukan oleh Tycoon.

Ramona, perempuan simpanan Tycoon yang menjadi pelayan wanita di dalam kelab peribadi mewah itu telah berpakat dengan gerakkan Manan untuk menjatuhkan Tycoon. Ramona dan beberapa tebusan lain yang terdiri daripada pekerja kelab mewah itu telah berpaling tadah menyebelahi Manan bagi mengelirukan polis yang dikuasai Tycoon bagi menjatuhkan Manan. Rahsia demi rahsia Tycoon dibongkar oleh Manan dan Ramona, dan ini membuatkan rakyat mula pempersoalkan kepimpinan Tycoon.

Tycoon yang tersentak dengan amukkan ini telah mula bersandiwara dengan rakyat bahawa jasanya tidak dikenang atas perubahan yang telah dibawanya terhadap Pekan Siem Pang. Kekecohan Pekan Siem Pang semakin memuncak. Demi kekuasaan yang ada pada Tycoon, Long dipanggil semula kononnya bagi menebus kesalahan jenayahnya serta membongkar muslihat Tycoon yang menjanjikan kesenangan keluarga Long.

Dalam masa yang sama, seluruh rakyat yang tertipu mengharapkan Long boleh menjatuhkan Manan bagi mengembalikan kedamaian Pekan Siem Pang. Akhirnya Manan telah dibunuh dan amukkannya serta gerakan memusnahkan Tycoon direncatkan. Setelah mayat Manan diusung keluar, seluruh masyarakat yang terkesan dengan gerakan ‘Memusnahkan Tycoon’ oleh Manan bersorak dan memberikan tepukan gemuruh atas keberanian Manan dan kumpulannya. Tycoon sedar atas perubahan ini.



Barisan Pelakon:



Editor – Namron
Wartawan – Ammar Armada
Cikgu Gadak – Laswadi Md Zain
Long – Zahiril Adzim
Manan – Mohd Amerul Affendi
Ramona – Mardiana Alwi
Cikgu Gadak Muda – Khairil Ridzuan
Long Muda – Hasbullah Abdullah
Manan Muda – Mohd Aiman Syazwan
Ramona Muda – Wan Farah Aina

Pemuzik – White Percussion Unit juga akan mengegarkan pentas!

_________________________________________________________________

Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka
Menara Dbp Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur, Malaysi

_________________________________________________________________

20th May 2011 : 8:30pm – Full Dress (Press- Preview) : RM 15 -

Matinee Shows : Evening Show – RM 15

Price: RM 30 – Normal
RM 15 – Student – Matinee Shows

For Bookings: Contact

Khalida – 012-4841466
Ahmad Izuan – 017-2327936

No comments: